Salam kepada semua,
Beberapa hari lalu terbaca dalam sebuah akhbar tempatan tentang seminar parenting. Amat menarik dan berguna kepada para ibu bapa dan penjaga, terutama yang baharu membina keluarga. Antara yang menarik perhatian:
1. Generasi masa kini - mahu mereka difahami dan suara mereka didengari, lantas laman sosial menjadi medan mereka meluahkan perasaan. Ada kalanya ini membawa kesan negatif apabila ada yang ingin mengambil kesempatan dari luahan rasa ana-anak muda ini. Ibu bapa harus mendengar dan memahami suara anak-anak ini sebelum mereka meluahkannya kepada dunia.
2. Kebanyakan mereka tidak sabar, lebih cenderung mendapatkan ganjaran cepat daripada menunggu sedikit masa untuk ganjaran yang lebih besar. Kerana itu, perlu mereka dilatih bersabar kerana ganjaran yang lebih lambat lebih bernilai, dan tahan lama. Anak muda kini cenderung bertukar kerja sekerap mungkin untuk mengejar ganjaran cepat ini yang tidak memberi faedah untuk jangka panjang.
3. Ramai ibu bapa berada di rumah hanya secara fizikal, tidak menggunakan masa berkualiti bersama anak-anak. Sering juga ibu bapa lebih menekankan kekurangan daripada kehebatan. Jika anak mendapat 7A dan 1B dalam peperiksaan, yang dibesarkan ialah kenapa dapat 1B, bukan kehebatan mendapat 7A. Ini memberi kesan kepada nak-anak dalam jangka masa panjang. Satu pendekatan yang menarik, luangkan masa bersendirian (alone time) dengan setiap orang anak mengikut kesesuaian. Sekiranya mereka menghadapi masalah, bawa mereka ke tempat yang mereka minati, dan mereka mungkin akan lebih terbuka untuk bercerita.
4. Ibu bapa harus bersabar menghadapi karenah anak-anak. Biasakan diri dengan kemajuan teknologi masa kini yang popular dengan anak-anak seperti facebook, twitter, skype, dan lain-lain. Sekurang-kurangnya mereka berasa sentiasa diperhatikan.
5. Parenting style ada beberapa pendekatan - authoritarian - akan menghasilkan anak yang tidak boleh berfikir sendiri kerana sentiasa diajar mengikut arahan, rendah jatidiri. Anak tidak ditrerangkan mengapa satu-satu tindakan itu diambil; permissive - akan menghasilkan anak yang 'spoil' kerana anak dibenarkan melakukan apa sahaja; authoritative - menggalakkan anak-anak yang boleh berfikir sendiri, bertanggung jawab di atas setiap tindakan yang diambil. Anak-anak diawasi sentiasa dan mesti mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pujian diberi atas tindakan yang baik.
6. Dalam Islam, pendidikan anak-anak bermula sejak dari dalam kandungan. Segala perlakuan, tutur kata, makanan, emosi memberi kesan kepada tumbesaran anak-anak. Ibu bapa perlu bersabar menghadapi karenah anak-anak, jangan panas baran, mudah marah dan memusuhi anak-anak. Jangan cepat menuduh tanpa bukti dan mengeluarkan janji yang tidak ditepati. Jangan mengeluarkan kata-kata kesat, maki hamun dan kata-kata negatif kerana setiap kata-kata ibu bapa itu doa untuk anak-anak. Amalan membantu didikan anak-anak dengan doa dan zikriullah.
7. Semoga menjadi ibu bapa yang terbaik dan melahirkan anak-anak cemerlang. Insyaallah
Anak Rantau
18 Mac 2012.
No comments:
Post a Comment