Monday, 2 January 2012

TAMBAH TOLAK DARAB CAMPUR - 3 JAN 2012

Salam tahun baru 2012 dan salam Satu Malaysia.  Bersamalah kita berdoa agar diri kita, keluarga, masyarakat dan negara diberikan rahmat untuk tahun-tahun mendatang.  Juga para pemimpin negara diberikan taufik dan hidayah untuk mengendalikan negara ini dengan sebaik mungkin mengikut lunas-lunas yang ditetapkan agar negara terlindung daripada bahaya dan bencana dan terus maju bagi kesejahteraan rakyat semuanya.

Sejarah memberi kita pengajaran untuk membina kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.  Kita belajar daripada sejarah, sama ada yang kita lalui sendiri atau dilalui oleh orang lain, untuk mempastikan tidak mengulang perkara yang sama berulang kali, terutamanya perkara yang tidak memberi manafaat dan mendatangkan banyak kesukaran, kesedihan, kemusnahan dan kemudaratan. Sejarah perlu diingati dan dijadikan pedoman, tapi tidak bermanafaat sekiranya hanya menyanjung dan berbangga dengan  pencapaian masa lalu tetapi tidak berusaha untuk meningkatkan diri mengikut perkembangan semasa. Kita melihat bagaimana tamaddun  agung masa dulu yang dibina atas landasan kecemerlangan ilmu dan kepakaran serta kepimpinan yang hebat hari ini hanya menjadi bahan tontotan pelancong, sedangkan penduduk kawasan yang sama hidup dalam kemiskinan dan taraf hidup yang amat rendah. Kita melihat keagungan tamaddun Mayan di Amerika Tengah, Firaun di Mesir, Babylon di Lembangan Tigris Euphrates, Mohenjo-Daro di India, pemerintahan yang membina Angkor Wat di Kemboja dan Borobudur di Indonesia,di mana mereka membina monumen hebat yang menggunakan teknologi yang tinggi yang sampai hari ini masih masih misteri tentang pembinaannya, tetapi merupakan antara negara miskin di dunia.

Hakikat ini perlu menjadi pengajaran kepada kita semua. Setiap tamaddun yang hebat mempunyai kepimpinan yang hebat. Dalam dunia hari ini, kita melihat banyak negara yang telah mencapai kemerdekaan, malah lebih awal daripada negara kita, masih berada dalam belengu kemiskinan, tanpa peluang pekerjaan, tanpa kemudahan infrastruktur sprt jalan raya, telekomunikasi, elektrik, air , taraf pendidikan yang rendah, kadar pengangguran yang tinggi, kadar buta huruf yang tinggi dan taraf kesihatan yang rendah. Bandingkan dengan negara kita, walau pun mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tetapi kita boleh berbangga dengan arus pembangunan yang telah kita nikmati dan kini sedang berada pada landasan ke arah negara pencapaian tinggi.

Pencapaian ini tidak mungkin dapat dicapai sekiranya negara mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak ikhlas dan mementingkan diri sendiri.   Sejak pemerintahan Perdana Menteri Pertama, Tengku Abdul Rahman, diikuti oleh Perdana Menteri yang lain - Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan kini Dato' Sri Najib Tun Razak, pembangunan negara dipacu dengan begitu baik sekali, dan kini kita boleh berbangga dengan segala kemajuan yang ada di sekeliling kita. Kita berbangga dengan lebuh raya dan kemudahan yang dibekalkan, sistem pengangkutan moden seperti LRT, Monorel, ERL, Komuter, lapangan terbang termoden, sistem telekomunikasi, bekalan air, elektrik, kesihatan, dan banyak lagi kemudahan yang setara dengan negara maju. Kita boleh bergerak kemana-mana dalam negara pada bila-bila masa tanpa bimbang dengan tahap keselamatan, kita boleh mendapatkan apa sahaja barang keperluan di mana-mana sahaja, kita mempunyai rangkaian jalan raya berturap hingga ke seluruh pelusuk kampung, mempunyai bekalan elektrik dan air bersih hampir ke seluruh negara dan bangunan sekolah hingga di desa dan kawasan pedalaman.  Bandingkan saja negara kita dengan banyak negara lain yang mencapai kemerdekaan pada masa yang sama atau hampir sama dengan kita, di Afrika, Asia atau Amerika Tengah, perbezaannya umpama langit dengan bumi.

Ada pihak mendakwa kerajaan dan UMNO merupakan ancaman kepada orang Melayu. Ini merupakan pernyataan politik yang amat jelik dan dangkal.  Pernyataan yang amat tidak bijaksana..malah monyet di hutan akan ketawa berguling-guling dengan pernyataan ini. Tidak perlu disenaraikan di sini tetapi orang bodoh pun tahu apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan UMNO kepada bangsa Melayu dan ini memang diirhatikan oleh orang bukan Melayu. Puak yang membuat pernyataan ini ibarat Lebai Malang ..menang sorak kampung tergadai. Kumpulan yang bernafsu besar untuk berkuasa hingga sanggup menggadaikan banyak kepentingan orang Melayu Islam- mereka mahu UiTM dibuka untuk bukan Melayu/ Bumiputra, mereka menutup institut latihan teknikal untuk anak-anak Melayu di Selangor, mereka menutup asrama Yayasan Selangor untuk anak-anak Melayu miskin belajar di sekolah baik di bandar, mereka menggadaikan nama Allah untuk undi bukan Islam, menyokong gerakan pemurtadan orang Melayu Islam dengan mengecam YB Hassan Ali yang bertanggung jawab atas perkara ini,  mereka menuntut bisasiswa yang diperuntukkan kepada anak-anak Melayu miskin, mereka menuntut tempat di universiti tempatan yang dulunya untuk anak-anak Melayu atas dasar keseimbangan kaum, tetapi mereka membisu tentang ketidak seimbangan kaum di IPTS, pemilikan gedung perniagaan, pemilikan modal dan hartanah, serta pemilikan kekayaan negara. 

Orang Melayu sebenarnya terpinggir di negara sendiri. Apabila ada pihak tertentu yang mengatakan dasar negara ini seperti dasar apartheid  Afrika Selatan dan pihak majoriti membuli pihak minoriti, hakikatnya orang Melayu yang sebenar dianaktirikan di negara sendiri dan menjadi mangsa buli kaum minoroti. Orang Melayu yang sebenarnya tidak dapat memasuki kelab-kelab tertentu dan gedung-gedung mewah, orang Melayu yang terpaksa menjadi hamba kepada kaum yang memiliki kekayaan terbesar di negara ini, orang Melayu yang tidak dapat memasuki institusi-institusi pendidikan elit dan terbaik ... kerana kedudukan kewangan yang lemah. Orang Melayu tidak dapat memasuki bidang-bidang tertentu sama ada dalam pekerjaan atau perniagaan kerana monopoli dan dasar tutup pintu kaum bukan Melayu. Apabila ada orang Melayu menguasai satu-satu bidang-bidang tertentu, kempen memboikot dilakukan secara meluas oleh orang-orang bukan Melayu, seperti apa yang berlaku kepada jenama roti Gardenia. Ini merupakan contoh membuli yang paling nyata untuk meruntuhkan perniagaan orang Melayu. Apabila kedai 1Malaysia diperkenalkan,  banyak usaha dilakukan untuk menjatuhkannya kerana yang menjadi pembekal kebanyakannya orang Melayu dan Bumiputra. Begitu juga, orang Melayu Islam sentiasa dibuli oleh orang bukan Melayu seperti mengeluarkan produk tidak halal yang didakwa halal, menetapkan syarat tertentu seperti bahasa Mandarin untuk mendapatkan pekerjaan dan  menghalang pekerja Islam menunaikan solat termasuk solat Jumaat. Apa yang sebenar menjadi motif mereka adalah menghapuskan artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Justru itu, amat malang dan sedih apabila kita melihat ahli-ahli politik Melayu pembangkang menggunakan anak-anak Melayu yang belajar di universiti tempatan untuk mencapai cita-cita hina mereka untuk berkuasa. Anak-anak muda ini didoktrinkan oleh mereka untuk melihat segala keburukan berada pada pihak kerajaan sementara yang baik hanya ada pada mereka. Anak-anak ini akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi tetapi ahli-ahli parti politik pembangkang ini sanggup dan rela menggadaikan masa depan anak-anak ini demi nafsu serakah mereka.  Kita tidak hairan kalau pemimpin bukan Melayu yang mahu memesongkan anak-anak ini tetapi apabila pemimpin politik pembangkang berbangsa Melayu Islam yang melakukannya, ia amat hina dan keji sekali. Hilang sudah sifat sopan santun dan berbudi bahasa anak-anak Melayu ini apabila sanggup mengeji, menghina, menyumpah seranah, mencarut terhadap anggota keselamatan yang juga berbangsa Melayu, serta pemimpin tertinggi negara dan juga pemimpin universiti di mana mereka belajar mendapatkan ilmu.

Kepada pihak yang berkuasa, jangan biarkan keadaan sudah terlalu jauh baru hendak mengambil tindakan. Mungkin ada Timbalan Menteri yang gembira apabila melihat anak-anak muda ini sudah berani berdemonstrasi, memecahkan harta benda awam, mengeji, menyumpah, mencarut, dan sebagainya kerana baginya ini demokrasi untuk pelajar, boleh buat apa yang mereka suka. Mungkin ini kejayaan bagi beliau, yang menjadi jaguh kepada budak-budak ini. Kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri, janganlah terlalu lembik dan hanya tahu memberi amaran, hanya berdiam diri apabila perkara ini berlaku...apa yang nyata semua ini menjejaskan keselamatan negara. Kita mengharapkan tindakan tegas dikenakan terhadap semua pihak yang terlibat, sama ada budak-budak universiti (untuk yang berdemonstrasi, mereka tidak layak dipanggil mahasiswa kerana mahasiswa seharusnya waras, matang dan tahu adab sopan dan budi bahasa), pemimpin politik, badan bukan kerajaan atau orang perseorangan kerana ini merupakan barah yang kalau tieak dibendung pada peringkat awal, kesanya amat  berbahaya dan memeritkan nanti. Tindakan harus tegas dan segera.



No comments:

Post a Comment