Salam satu Malaysia.
Isu 1
Dua hari lagi menjelang tahun baru, jalan lengang dari kenderaan kerana ramai yang bercuti panjang hujung tahun. Kalau di UK atau US atau negara-negara barat, dua minggu terakhir setiap tahun adalah minggu-minggu yang lenggang, sunyi dan membosankan. Kedai-kedai pun banyak tutup sempena krismas dan tahun baru. Begitu juga dengan tempat-tempat rekreasi dan tumpuan ramai. Namun di negara kita, segalanya hidup hingga saat akhir 31 Disember, malah malam 31 Disember merupakan malam penuh kemeriahan dengan konsert, pesta, dan pelbagai aktiviti lain. Kita masyarakat majmuk yang sentiasa riang, harmoni dan beradab. Walau bagaimanapun, malam ini juga penuh dengan aktiviti tidak bermoral, maksiat - dipenuhi dengan pesta arak, dadah, perlakuan tidak bermoral dan sebagainya. Maka bertepuk dan berpestalah syaitan yang berjaya memesongkan keimanan manusia ke arah kejahatan. Adab susila budaya timur dan ke Islaman lebur. Dan inilah yang dimahukan oleh golongan yang ingin meleburkan Islam dan sifat-sifat baik di dalamnya terutama gerakan yahudi dan nasrani yang sentiasa menaruh perasaan tidak senang dengan Islam. Sudah diingatkan dalam Al-Quran..masih diambil remeh oleh golongan liberal Islam.
Apakah sensitiviti umat Islam sudah tiada lagi? atau toleransi dalam hidup umat Islam sudah begitu terlalu permisif? Setiap orang Islam sepatutnya mempunyai rasa tidak senang dengan perkara sebegini tetapi nampaknya, sambutan malam tahun baru masehi ini, yang mengikut kalendar gregorian, sebahagian besarnya diraikan dengan hebat oleh orang Islam. Malah yang merancang juga adalah orang-orang Islam. Banyak cabaran yang perlu dihadapi dan diatasi untuk menegakkan Islam. Pihak berwajib seharusnya sensitif dengan persoalan ini, yang melibatkan moral dan akidah, dan mula menjalankan langkah-langkah ke arah pembangunan positif Islam di negara ini. Kenapa sambutan tahun baru Hijrah tidak dirayakan juga semeriah sambutan tahun masehi ini?
Isu 2
Gerakan membebaskan anuar 901. 'lawan tetap lawan', - nak lawan apa, nak lawan siapa. Rakyat sebagai hakim - siapa rakyat yang dimaksudkan dan apa peranan sistem kehakiman negara? Seperti mana kata-kata Dato' Dr Rais Yatim, demonstrasi tak akan boleh mempengaruhi atau mengubah keputusan mahkamah. Cakap-cakap besar berdegar-degar nak memperjuangkan keadilan tetapi apa yang dilakukan tidak langsung mencerminkan apa yang dicanangkan. Cakap tak serupa bikin. Justru, rakyat harus berfikiran lapang, tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang diwar-warkan.
Ternyata, strategi terakhir untuk melumpuhkan sistem pentadbiran negara adalah menggunakan budak-budak universiti (mereka tidak layak dipanggil mahasiswa kerana kebebalan mereka, mahasiswa adalah pelajar universiti yang waras, bertindak mengikut lunas undang-undang, mempunyai adab dan sopan untuk menghormati orang tua dan pemimpin) dan rakyat yang tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku untuk berdemonstrasi membebaskan anuar. Di merata cerok pelusok negara dicanangkan konspirasi dan ketidakadilan pemerintah. Apabila budak-budak universiti menafikan campur tangan politik dalam gerakan mereka yang mendakwa memperjuangkan kebebasan akademik, timbul banyak lagi persoalan kaitan antara anuar dengan budak-budak universiti ini.
- di PWTC apabila budak-budak universiti yang tidak beradab menurunkan bendera YAB PM, bagaimana tian chua boleh berada bersama
- kenapa ambiga secara pantas menghantar tweeter mengucapkan tahniah di atas tindakan biadap budak-budak universiti ini
- kenapa adanya pertemuan-pertemuan antara anuar dan budak-budak universiti di beberapa tempat, temasuk di rumah anuar
- kenapa budak-budak universiti ini melakukan jelajah seluruh Malaya pada masa ini atas dakwaan menerangkan kebebasan akademik, sedangkan isu yang dibawa adalah isu anuar. kenapa tidak dibuat jelajah ini selepas 9 Januari?
- siapa yang membiayai jelajah budak-budak ini kerana bukan murah belanja untuk jelajah seluruh Malaya. guna duit PTPTN?? kalau itu dibuat memang menunjukkan kedunguan mereka, duit yang kerajaan beri untuk belajar digunakan untuk menentang kerajaan. Bila masa mereka belajar, membuat assignment, membuat kajian dan mentelaah pelajaran sekiranya masa yang ada digunakan untuk tujuan lain, menjatuhkan kerajaan.
- kenapa ada ahli pkr bersama budak-budak universiti ini sewaktu ke Bukit Aman? Ada bard (tak layak panggil cikgu), ada shamsul, dan ramai lagi.
...dan banyak lagi contoh-contoh yang boleh menimbulkan persoalan
Sekiranya tidak lagi percaya dengan sistempemerintahan dan perundangan negara, langkah yang paling tepat adalah meninggalkan negara ini dan pergilah menetap di negara-negara yang dikatakan bebas dan adil, yang membenarkan kegiatan gay dan lesbian, yang dikatakan bebas bersuara, yang dikatakan ada kebebasan akademik , dan lain-lain bentuk kebebasan tanpa had. Itu lebih baik daripada menjahanamkan negara yang telah menempa kemajuan yang tinggi, aman dan harmoni ini. Jangan hancurkan bumi bertuah ini. Jangan hancurkan bangsa bertuah ini. jangan hancurkan agama bertuah ini.
Isu 3
Malam tadi saya menonton National Geograpic channel, dan apa yang saya tonton membuat saya berfikir, manusia hari ini ada yang lebih teruk hidupnya daripada binatang. Kisah berkisar tentang kehidupan haiwan pemangsa - harimau bintang dan singa, serta kumpulan haiwan yang menjadi mangsa - kerbau liar, gajah, baboon. Betapa setiap kumpulan haiwan ini mempunyai semangat sayangkan kumpulan masing-masing -singa sentiasa jalan berkumpulan untuk mengelakkan diri daripada diserang harimau bintang, dan begitu juga sebaliknya. kumpulan ini memburu secara berkumpulan dan makan bersama, berkongsi apa yang diperolehi. Kerbau, gajah dan baboon juga sentiasa mengawasi keselamatan ahli masing-masing dan berjalan dalam kumpulan, bagaimana setiap kumpulan menjaga keselamatan terutama anak-anak kecil yang diletakkan di tengah-tengah kumpulan dan yang jantan akan menghadapi singa atau harimau bintang. Sedangkan binatang tahu menjaga nilai-nilai baik hidup berkumpulan dan bermasyarakat, kaum Melayu hari ini seolah hilang arah, bertindak lebih teruk dari binatang. Anak-anak dibuang merata-rata, sesama Melayu saling memaki hamun dan bergeseran hingga sanggup berbunuhan, hidup lebih selesa tidak bermasyarakat dan rahmat Allah dinikmati bersendirian, tidak mahu dikongsi bersama. Allah menjadikan semua ini untuk pengajaran, tetapi kenapakah ada di kalangan Melayu hari ini yang langsung tidak mahu menginsafi petunjuk ALLAH ini?
No comments:
Post a Comment