Thursday, 5 January 2012

Tambah Tolak Darab Bahagi - 6 Jan 2012 : Jalan Pulang

Salam Satu malaysia untuk semua.

Menjelang 9 Januari 2012, teringin rasa untuk berkongsi sama secebis pengalaman bersama reformasi, pengalaman yang amat sedikit tetapi akan dikenang sepanjang hayat.  Memang asalnya penyokong reformasi tegar, pastinya kerana simpati, namun akhirnya menemui jalan pulang.  Waktu itu, di mana sahaja ceramah reformasi diadakan pasti akan dihadiri walaupun venuenya berubah banyak kali kerana halangan pihak polis. Setiap kali Tian Chua, Gobala, Ezam, Azmin dan ramai lagi yang memberikan ceramah mengeluarkan pernyataan berapi, sorakan bergema dan tepukan bergemuruh, semangat membara, walaupun pernyataan itu semuanya palsu dan fitnah. Perhimpunan di Masjid Negara turut dihadiri, dan pengalaman menghidu gas pemedih mata menjadi pengalaman ngeri sepanjang hayat. Apa yang dibuat oleh kerajaan semuanya tidak betul dan bersifat kospirasi. Tun Mahathir dikeji, dihina dan diberikan pelbagai gelaran buruk. Namun syukur Allah menemukan jalan pulang dan akhirnya dapat menimbang buruk baik, betul salah, fitnah dan kebenaran.  Mohon kemaafan daripada Tun dan lain-lain pihak yang pada suatu masa dan ketika pernah menjadi bahan umpat keji, fitnah dan penghinaan.

Perjalanan pulang bermula sebenarnya bermula apabila ternyata beberapa pembohongan yang dilakukan oleh si anu. Antara pembohongan yang dapat diingati adalah:

1.  Ketika dipecat, si anu mengaku sebagai menteri yang paling miskin, hanya memiliki sebuah kenderaan buruk dan sebuah rumah di Bukit Damansara.  Namun realitinya hari ini, dengan rumah tersergam indah bertembok dan berpengawal, deretan kereta mewah dan perjalanan keluar negara yang entah berapa puluh kali...juga bersama keluarga, sukar untuk dipercayai ini adalah menteri yang mendakwa paling miskin ketika dipecat dahulu.

2.  Pada satu ceramah di USJ, berhampiran masjid Al-Falah, penceramah memaklumkan si anu di racun dengan racun arsenik serta disuntik dengan virus HIV di penjara. Audien menjadi begitu marah, namun ternyata semuanya gimik, permainan silap mata. Dikatakan sampel ujian racun arsenik dianaslisis  di luar negara, namun sampai hari ini si anu masih segar bugar, dan bebas HIV serta bukti ujian makmal juga lenyap tanpa bukti.  Arsenik adalah racun paling bahaya, siapa yang memakanya pasti akan mati. Di UK, beberapa orang pernah mati kerana memakan paracetamol yang dicemari racun arsenik dalam kapsulnya. Agaknya anugerah tuhan menyelamatkan si anu dari menemui malaikat maut.

3.  Ketika berkempen untuk PRU yang lepas, penduduk Kg. Buah Pala dijanjikan penyelesaian pemilikan tanah dalam tempoh tiga minggu selepas pr berkuasa, kalau tidak jangan panggil dia anuar. Tetapi apa yang berlaku, Kg. Buah Pala kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah, dan benar kini si anu tidak lagi dipanggil dengan nama asalnya, tetapi pelbagai nama..seperti apa yang dijanjikannya.

4.  Apabila timbul isu china doll, si anu berkata dia tidak mengenali Dato' Eskay, tetapi hakikatnya, berserta bukti bergambar, dia mempunyai hubungan istimewa dengan Dato Eskay. Gambar ketawa bersama, video bersama memasuki lif di lokasi china doll, dakwaan terbaru RPK, video bersama dalam bilik bersama china doll...nyata banyak perkara disembunyikan dan masyarakat dibohongi hidup-hidup.

5.  Juga tidak berkata benar tentang kehilangan jam omega, kehilangannya dari rumah  pada waktu yang sama dengan aksi bersama china doll, kereta disabotaj, keluarga diancam bunuh..dll.  Hadis sahih ada menyebutkan...satu daripada ciri orang munafik adalah berbohong, tidak menepati janji dan tidak amanah.

6.  Tidak berani bersumpah, tidak berani menyaman orang-orang yang membuat pelbagai dakwaan terhadapnya yang  disertakan dengan bukti, tetapi menyatakan semua itu fitnah.

7.  Tidak menjawab 5 soalan Dato' Eskay..dalam tempoh dua tahun yang lepas (2011) .. berapa kali ke siam, siapa yang tunggu di siam, duduk di hotel mana, apa yang dibuat dihotel itu dan siapa bayar bil hotel. Juga tidak mahum menyaman Dato' Eskay.

Disamping itu, beberapa tingkah laku si anu turut memudahkan lagi perjalanan pulang ini. Antaranya:

1.  Konsisten dengan sikap tidak konsistennya. Ibarat sang sumpah yang sentiasa menukar warna bergantung kepada persekitaran, begitu juga si anu. Sikapnya sentiasa berubah - lain dengan orang Melayu, lain dengan ahli agama, lain dengan orang biasa, lain dengan orang cina, lain dengan orang india, lain dengan yahudi, lain dengan golongan LGBT, dan macam-macam warna lagi. Sungguh berwarna warni.

2. Dalam satu ucapannya, dia menyarankan Malaysia menjadi sebuah republik dan persetankan istitusi beraja di negara ini.

3. Dalam satu lagi ucapannya di sebuah restoran di Klang, dia menuturkan...negara ini orang cina punya, negara ini orang india punya, negara ini bukan orang Melayu punya..di sambut dengan tepukan gemuruh sambil berdiri audien yang terdiri dari orang cina dan india. seronoknya mereka.

4. Dalam temu bual dengan BBC, dia menyokong perlakuan murtad lina joy

5. Dalam ucapan di London, dia mengutarakan fahaman plurisme agama dengan mendakwa semua agama adalah sama, menyembah tuhan yang sama, dan semua agama adalah baik di sisi Allah.

6.  Menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, semata-mata untuk mendapatkan undi orang bukan Islam.

7.  Membantah usaha mencegah murtad seperti yang berlaku di DUMC,

8.  Menyokong gerakan gay lesbian dan seks bebas, serta menyokong kegiatan Bershit Ambiga yang nyata bertujuan menghuru harakan negara.

9.  Bertemu dengan budak-budak universiti untuk menyokongnya, dan menyokong gerakan radikal budak-budak universiti berdemonstrasi dan bersikap kurang ajar dan biadap terhadap pemimpin negara, pihak universiti dan guru-guru yang mengajar mereka.

10.  Dan banyak lagi, yang mungkin akan disenaraikan kemudian.

Pastinya semakin ramai yang akhirnya tersedar dan tindakan terbaru Ismail Mina Ahmad boleh membuka mata saki baki pengikut yang membabi buta menyokong nya.  Gunakan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah sebaik mungkin, jangan ikutkan hati..ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tahniah kepada Sdr. Ismail Mina Ahmad, semoga Allah menunjukkan kebenaran pada 9 Januari nanti.

No comments:

Post a Comment