Salam Satu Malaysia.
Berlalu sudah satu episod jenaka di negara ini apabila perbicaraan yang memakan masa 2 tahun 7 bulan dengan lebih 60 penangguhan akhirnya ditamatkan dengan begitu anti klimaks - keputusan yang dibacakan tak sampai 10 minit oleh hakim yang pernah dituntut untuk menarik diri daripada perbicaraan ini. Dalam tempoh dua minggu sebelum hari keputusan perbicaraan diketahui, si anu.. berkeliling Malaya mencanangkan seolah-olah beliau pasti ke Sg. Buloh. Dengan slogan lawan tetap lawan dan selamatkan anuar 901 seperti sesuatu yang aneh sedang berlaku. Keanehan ini ditambah lagi dengan kesempatan ke siam untuk tujuan yang tidak diketahui. Pemilihan pengganti ketua pr juga dicanangkan. Selalunya, ini kaedah yang digunakan untuk mengelirukan massa, reverse psikologi untuk menagih simpati, yang sebenarnya sudah diketahui apa maksud sebenarnya. Mungkinkah ada pihak yang sudah tahu keputusannya? Mungkinkah pemanjangan kes ini, permohonan menukar hakim, serangan terhadap hakim dan banyak lagi pernyataan negatif tentang hakim dan mahkamah hanya merupakan mainan wayang? Mainan wayang dengan pelakunya yang berada di belakang tabir.
Bagi pemerhati yang tidak memiliki pengetahuan tentang perundangan, keputusan ini lebih banyak menimbulkan tanda tanya dan persoalan daripada jawapan. Sikap si anu yang walaupun tampak seolah-olah gembira, memeluk isteri tersayang yang berwajah suram, tidak mahu bertemu dengan penyokong setia yang telah berada di kompleks mahkamah seawal jam 3 pagi, membuat pernyataan pembebasan ini tidak boleh diraikan pada masa ini. Tidak boleh diraikan pada masa ini?? satu lagi persoalan yang mengelirukan massa. Dan kenapa isteri yang selama ini berbangga dengan anugerah tuhan ini tidak tersenyum lebar dan tidak melompat kegembiraan kerana anugerah tuhan yang istimewa ini telah dibebaskan?
Kepada massa apa yang difahami - kejadian liwat itu adalah benar, air mani yang ditemui dalam dubur pengadu adalah benar, DNA mr. Y adalah benar, K-jelly adalah benar, kondominium tempat berlaku liwat adalah benar, makan karipap adalah benar, dan banyak lagi kebenaran lain, namun yang tidak benar adalah pertuduhan, antara paksa dan suka sama suka. Kalau air mani sudah ditemui, kalau DNA sudah dikenal pasti, maka pelakunya juga harus dapat dikenal pasti, dan patutkah orang sebegini dijadikan pemimpin? Islam jelas menggariskan ciri-ciri manusia yang patut dilantik sebagai pemimpin. Nampak sekali kepincangan sistem perundangan buatan manusia yang boleh ditunggang balikkan mengikut kepandaian orang yang menghujjahkannya. Dan jelas sekali kepincangan akal manusia, walaupun mendakwa memiliki ilmu keagamaan yang cukup tinggi, tetap menghujjahkan agar orang yang bermasalah moral dan aqidah ini dijadikan ketua dan pemimpin. Selamatkah bangsa Melayu, agama Islam dan sistem raja-raja Melayu pada masa depan sekiranya makhluk seperti ini yang jadi pemimpin?
Wallahualam.
Selamatkan bumi Islam Malaysia dari fitnah pluralisme, demokrasi ala barat dan hak kebebasan manusia tanpa had. Anwar Ibrahim adalah bapak kepada semua diatas.
ReplyDelete