Salam satu Malaysia. Pandangan satu minggu, unifi dah dua hari tak berfungsi di rumah.
Konfius 1
"keputusan ini ada kaitan kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia"..anu...
Pertama: apabila menang, dia mengatakan hakim dan sistem kehakiman negara adil dan berintegriti. Makhluk yang sama sebelumnya mengatakan sistem kehakiman negara dikawal oleh kerajaan dan tidak berintegriti apabila meminta hakim yang sama ditukar kerana didakwa bersikap berat sebelah dan condong kepada kerajaan. Ini bermakna dia hanya menerima sesuatu itu adil sekiranya berpihak kepadanya, sebarang perkara atau keputusan yang tidak berpihak kepadanya dikatakan dengan pelbagai tuduhan - tidak adil, menipu, dipengaruhi kerajaan, termasuklah keputusan pilihanaraya (kecil atau umum), keputusan beng hok (keputusan suruhanjaya diraja pun dipertikai walaupun mereka yang minta suruhanjaya ditubuhkan).
Keduanya : keputusan ada kaitan dengan kebimbangan kerajaan - maknanya, keputusan yang dibuat tidak mengikut asas perundangan tetapi berdasarkan pengaruh dan tekanan pihak luar. Pernyataan yang amat menakutkan. Sekiranya pernyataan ini benar, terserlah keputusan ini tidak sah kerana keputusan melepaskannya bertujuan untuk menyenangkan hati pihak luar yang memberi tekanan kepada kerajaan. Mungkin benar kerana perbicaraan yang mengambil masa 2 tahun 7 bulan hanya mengambil masa kurang 3 minit diputuskan secara lisan. Kalau jua ini benar, terserlah si anu..ini mempunyai hubungan rapat dengan pihak-pihak luar ini. Apakah si anu.. ini agen luar? buah dadu pihak luar? pihak luar juga amat gembira si anu bebas, termasuk kumpulan yahudi antarabangsa. Kenapa? wallahualam. Konfius.
Konfius 2
16 Mei 2011 - Hakim Mohd Zabidin " Saiful adalah saksi yang bercakap benar, dan berwibawa". Keterangan dua pakar kimia juga diterima tentang kewujudan DNA lelaki Y yang telah pun diketahui identitinya. Tapi kini, keterangan Saiful tidak boleh pula diterima, dan bukti DNA tidak boleh diguna pakai. Hakim yang sama memberikan pernyataan yang bertentangan tentang perkara dan orang sama pada dua masa yang berlainan. Yang mana satu boleh pakai? Konfius.
Konfius 3
Sebaik bebas, si anu.. terbang ke India menemui cucu Mahatma Ghandi..untuk apa? Dikatakan pertemuan yang sudah disahkan lama dulu. Konfius. Bagaimana pertemuan ini boleh disahkan sedangkan keputusan perbicaraan hanya pada 9 Jan 2012, dan tidak tahu apa keputusannya. Bagaimana si anu boleh tahu ia akan dibebaskan dengan mengesahkan pertemuan yang sudah diatur lama dulu? Pelbagai persoalan timbul. Konfius.
Konfius 4
ambiga begitu gembira dan berkata selepas ini dia tak mahu lagi istilah liwat wujud di negara ini. majlis peguam, ambiga, karpal poosingh juga tak mahu saiful buat rayuan. kenapa? Takut keputusan akan diterbalikkan semula? Hairan kerana seorang bukan Islam cuba mempermainkan undang-undang Islam yang jelas mengharamkan liwat dan seks luar tabii. Ingat kembali bagaimana ambiga cuba mempromosikan seks bebas dengan program seksualiti merdeka yang mahu mendapatkan kebebasan kegiatan lessbian, gay, transeksual dan biseksual atas dasar hak individu..my body, my right. Dan makhluk ini amat gembira bila si anu..dibebaskan. Kenapa? ambiga juga sedang menuntut mahkamah menarik balik larangan penganjuran LGBT walau pun dia tahu perkara itu bertentangan dengan tabii manusia dan hukum Allah? mungkin mahu si anu.. akan dijadikan ikon lgbt. Konfius.
Konfius 4
Gambar boleh menceritakan beribu kisah. Maka amat konfius apabila gambar selepas anu.. dibebaskan, si isteri berwajah masam mencuka sedangkan isteri azmin tersenyum gembira.
Konfius 4
Apa maknanya perhimpunan aman? janji sudah diberikan perhimpunan akan berjalan secara aman, tapi apa yang berlaku di luar batas keamanan. 3 letupan bom mencederakan beberapa orang.. yang tak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia. Apakah pkr sedang mengajar rakyat negara ini menjadi seperti iraq, syria, mesir, afghanistan???apakah ini berkaitan dengan slogan lawan tetap lawan, bebaskan anuar 901 dan mahu memecahkan tembok penjara? si anu mahu mengajak rakyat mencetuskan revolusi.. persetan institusi Di Raja, negara ini bukan orang Melayu punya, negara ini orang cina punya, negara ini orang india punya..semua agama adalah sama, buka institusi yang membantu Melayu kepada bukan Melayu..Tiada sebarang kenyataan mengutuk letupan bom di mahkamah oleh pkr..adakah ini perhimpunan aman?? konfius
Konfius 5
Muslimah dalam Islam amat tinggi kedudukannya, dihormati, dan bersifat sopan santun. Maka apabila muslimah pas berperangai seperti pom-pom girls di depan mahkamah, menjerit melolong, menari, melompat-lompat macam sepupu mereka di atas pokok, memaki hamun Umno, diketuai oleh ketua muslimah sendiri, apakah fatwa yang akan dikluarkan oleh para ulama pas? Kemana arah perjuangan pas masa kini sedangkan hala tuju penubuhan pas amat jelas - berjuang atas landasan Islam untuk menegakkan negara Islam. Apabila muslimah dilarang menyertai musabaqah kerana suara perempuan itu aurat, maka tampak muslimah pas sudah amat maju mendahului zaman apabila berkelakuan seperti yang dilakukan dihadapan mahkamah pada 9 Jan lalu. Apakah nanti muslimah akan turun ke jalan raya dengan berseluar ketat, berbaju sendat pula? Konfius.
Konfius 6
Si anu ke India sebaik saja dilepaskan daripada pertuduhan untuk bertemu dengan cucu ghandi, atas alasan apa? cucu ghandi? pkr menyatakan pertemuan itu sudah diatur dan disahkan lama dahulu, sedangkan keputusan mahkamah belum lagi diketahui. Macam mana boleh disahkan sebelum keputusan mahkamah diketahui?? adakah si anu sudah tahu ia akan di lepaskan ? Konfius.
Konfius 7
Isu pemain import kembali ke persada liga M. Nampaknya isu ini menjadi semakin panas apabila ada negeri yang amat marah kerana tidak mendapat pemain import kerana kesilapan teknikal hingga mahum menarik diri. Persoalannya, di mana jati diri anak Malaysia selagi mana mahu bergantung kepada pemain import? Tidakkah bangga sekiranya pasukan yang tidak menggunakan pemain import boleh menjulang kejuaraan bagi menunjukkan kehebatan anak bangsa.Pernah disebutkan, permainan bola sepak adalah sukan kemahiran tinggi, dan kemahiran perlu digilap setiap masa. Sudah terbukti, posisi utama penyerang dan pertahanan dikuasai oleh pemain import, jadi bilamana anak-anak tempatan akan menggilap kemahiran ini?? Tanpa pemain import negara mencapai banyak kejayaan di peringkat Asia Tenggara, kita melahirkan banyak pemain berkebolehan tinggi, sedangkan masa kita menggunakan pemain import dahulu, pasukan negara terjurumus ke kedudukan yang amat rendah dalam ranking dunia. Bilakah kita mahu belajar dari kesilapan? Negara yang hebat dalam bola sepak mengeksport pemain, bukan menimport pemain. Konfius???
No comments:
Post a Comment