Friday, 6 January 2012

Tambah Tolak Darab Bahagi - 7 Jan 2012 : Lawan tetap lawan.

Salam satu Malaysia.

Lawan tetap lawan
Rakyat hakim negara
Selamatkan Anuar 901

Frasa yang amat berbahaya oleh  puak yang mahu menjahanamkan negara.  Bukan sekadar di mulut, pernyataan ini harus difahami maksud yang terlindung.  Bukan sekadar yang tersurat, tapi sarat dengan perkara yang tersirat.  Frasa yang boleh menjahanamkan negara.

Lawan tetap lawan. Timbul dibenak, nak lawan apa, nak lawan siapa, nak lawan bagaimana, nak lawan bila??? Fikirkan satu persatu, wajarkah pernyataan ini diambil ringan oleh pemerintah?? Istilah  lawan membawa konotasi penentangan secara fizikal dan kekerasan. Jadinya, nak lawan apa ?  ternyata yang hendak dilawan adalah sistem pentadbiran dan perundangan negara. Anak perempuan si anu...mengatakan sistem kehakiman negara pincang (???), Malaysia negara polis (???), puak pkr dan dapig  mendakwa sistem pemerintahan negara zalim (???), korup (???), rasis (???), menindas (???), membuli (???), apartheid(???). Semua ini seolah tiada apa yang baik dibawa oleh pemerintah. Puak pas pula mendakwa UMNO menjadi ancaman kepada orang Melayu dan Islam. Ancaman??? Puas difikir, puas dihalusi...akhirnya apa yang boleh dikatakan, semua yang berkata ini adalah manusia yang hidup di alam hayalan, syok sendiri, alam fantasi..seperti Mat Jenin. Juga manusia yang mempunyai indeks kecerdikan seperti Pak Pandir. Melayu Islam yang menyokong ini sebenarnya sedang menjerumuskan bangsa Melayu dan agama Islam ke arah kehancuran. Tiada logik, tiada kewarasan..semuanya dipenuhi nafsu serakah untuk berkuasa.

Untuk undi, tolak ketepi soal dosa pahala, soal akidah, biarkan non- Muslim berceramah dengan ayat-ayat Quran, biarkan non-Muslim mencemari masjid dengan pakaian tidak menutup aurat, biarkan non-Muslim mencemari masjid dengan bersenam robik dalam kawasan masjid, biarkan non-Muslim mencemari ibadah Qurban, biarkan non-Muslim menggunakan kalimah Allah, biarkan non-Muslim harbi memurtadkan orang Islam, biarkan non-Muslim harbi menjadi ketua bershit untuk menghuruharakan negara, biarkan non-Muslim dan si anu.. serta kuncu-kuncunya menyanjung tinggi aktiviti seks bebas luar tabii LGTB, biarkan si anu..membuat fitnah terhadap pemerintah di seluruh dunia, biarkan si anu.. memesongkan akidah umat Islam dengan Pluralisme agamanya.., biarkan si anu.. bersekongkol dengan teman-teman yahudi dan zionismenya, .. terlalu banyak biarkan, terlalu banyak kekusutan, akhirnya orang Melayu Islam tersungkur di bumi sendiri.

Nak lawan siapa?? pastinya pemerintah dan Raja-raja Melayu termasuk SPBYDi Pertuan Agong kerana kerakusan untuk merepublikkan negara. Kenapa? Kerana puak-puak perosak negara ini menganggap diri mereka malaikat, atau nabi yang maksum, tidak pernah melakukan sebarang kesilapan, pembohongan, kezaliman dan sebagainya. Kerana mereka amat bijaksana menguruskan negara???, Nak lawan bagaimana merupakan persoalan yang kritikal. Berdemonstrasi ganas, hina dan keji pemerintah, raja-raja, polis, tentera, pecah dan bakar kereta, pecahkan premis perniagaan sprt di UPSI, bawa pedang dan bom untuk dihadiahkan kepada sesiapa yang menentang mereka merupakan alternatif apabila terpaksa berlawan dengan pihak yang mereka tidak suka. Dan nak lawan bila, tentunya sudah bermula dengan bebudak gagal universiti, bebudak universiti jalanan mencetuskan huru hara di UPSI dan beberapa cubaan yang gagal di universiti yang lain.  Budak-budak universiti yang telah dipengaruhi dengan mulut manis si anu..dirumahnya dan di beberapa lokasi lain, entah-entah sudah diberi makan bahan penunduk, agar budak-budak ini menjadi lembu dicucuk hidung, dikerah ke sana ke mari..untuk dihambakan demi seorang manusia yang menghadapi pelbagai krisis - moral, aqidah, personaliti..dan banyak lagi.

Rakyat hakim negara, selamatkan Anuar 901 - seolah negara akan dilanda revolusi. Rakyat Malaysia 24 juta, dan apakah pastinya wujud keadilan apabila 24 juta hakim membuat keputusan?. Berapa banyak kes yang dibicarakan setiap hari,  kenapa hanya satu kes ini nak kan rakyat jadi hakim, kenapa tidak kes-kes yang lain? Pastinya kaedah yang paling mudah adalah menggunakan sms..wakaka, sakit perut orang mentertawakan.  Tak perlu lagi sistem kehakiman, tak perlu lagi mahkamah, tak perlu lagi undang-undang dan peraturan, negara akan kembali ke zaman purba..siapa kuat dia berkuasa, yang lemah ditindas dan dijadikan hamba. Dan kenapa anuar? selepas mencatat sejarah sebagai perbicaraan paling banyak penangguhan (60kali) dalam  tempoh 2 tahun, rekod dunia, setelah dikemukakan pelbagai bukti masalah moral dan keraguan aqidah, pembohongan, bersifat sesumpah, setelah ternyata tidak berani bersumpah laknat, menjalani ujian pembohongan, tidak mengaku berlakon watak utama (look like me, sound like me, but not me..he..he..he..sehingga hari ini RR Zaid Ibrahim bernilai RM1 juta belum ada yang menuntut), tidak ada saksi alibi walaupun pada awal kes mengatakan mempunyai saksi alibi yang amat kukuh (sepatutnya isteri, dan anak-anak merupakan saksi alibi yang paling kuat  kerana mereka mendakwa anuar ada di rumah sewaktu adegan lakonan sedang berlangsung) ...maka butalah mata dan hati orang yang masih taksub dengan kesucian dan kemaksuman anuar.  Allah telah menutupnya.  Dunia akhir zaman, fitnah dikatakan betul dan yang betul beserta bukti dikatakan fitnah.

Kesimpulannya,  lawan tetap lawan, rakyat hakim negara dan selamatkan anuar 901 membawa konotasi yang amat besar...sudah ada kecenderungan untuk menumbangkan pemerintah yang dipilih rakyat secara kekerasan..gerakan di Tunisia, Mesir, Yaman, Syria dijadikan model ...kecenderungan yang amat berbahaya dan seharusnya dicantas sebelum merebak menjadi barah yang tidak dapat dibendung lagi. Kita tunggu bagaimana Azmin akan memecahkan tembok penjara untuk membebaskan anuar.

No comments:

Post a Comment