Friday, 27 January 2012

Tambah Tolak Darab Bahagi - 23 Jan 2012 : Quotes

Salam Satu malaysia kepada semua.

Saban hari kita dijamukan dengan pelbagai cerita - cerita benar, cerita separuh benar, cerita tak benar, cerita karut, cerita hayalan, dan bermacam-macam lagi cerita, dari politik hinggalah kepada kisah masyarakat, yang baik, yang buruk, yang boleh dijadikan iktibar, yang sampah...semuanya ada. Perihal politik dipenuhi dengan cerita-cerita fitnah, moral, amanah, gila kuasa, dendam kesumat.... Untuk kali ini ingin penulis memaparkan beberapa petikan yang dirasakan perlu dikongsi bersama sebagai sumber maklumat. Para pembaca yang bijaksana seharusnya boleh menilai sendiri petikan-petikan untuk membuat rumusan.

Petikan Satu : Ismail Mina Ahmad (sahabat lama si anu sejak di universiti, bersama menubuhkan abim, yayasan anda)

"Saya mengambil keputusan meninggalkan beliau kerana fahaman plurelisme boleh membawa kepada kekufuran".

(Fahaman plurisme adalah fahaman yang menyamaratakan semua agama sebagai sama, dan tiada beza untuk menganut apa-apa agama kerana semua yang baik dalam apa sahaja agama akan masuk syurga)

Petikan Dua : rev. Eu Hong Seng pada majlis high tea krismas di Subang.

"today we are constantly reminded of the right of the majority guaranteed under article 153 of the constituition.  I think we need to talk about the rights of others as well under article 153.  When we talk of the rights of just one group, if I may suggest, that's is bullying"

(Mahukan kesarataan juga antara bangsa Melayu dan pribumi dengan kaum pendatang - mahu menghapuskan hak-hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dan dijamin dalam perlembagaan. Menuduh orang Melayu membuli bangsa lain, sedangkan hakikatnya, siapa yang memiliki gedung-gedung perniagaan di seluruh negara, siapa yang memiliki perniagaan gergasi, rumah besar dan mahal, kereta besar dan mahal, malahan merekalah yang membuli bangsa Melayu dengan mengeluarkan produk tidak halal, mengawal perniagaan tertentu, mensabotaj perniagaan orang Melayu, dan lain-lain lagi)

Petikan Tiga : Si anu dalam majlis makan di sebuah restoran di Klang.

"Malaysia ini orang cina punya, orang india punya. Jangan fikir Malaysia ini orang Melayu punya"

(disambut dengan tepukan gemuruh sambil berdiri orang cina dan india yang hadir. Bayangkanlah apa akan terjadi kepada orang Melayu jika manusia ini memerintah negara Malaysia tercinta ini.)

Petikan Empat : Si anu - ucapan di rumah beliau sewaktu majlis kesyukuran dibebaskan dari pertuduhan meliwat Saiful seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini...Ketua umum pkr mencadangkan undang-undang dipinda termasuk seksyen 377(b), 377(c) Kanun Keseksaan sebab aibkan orang.

"memang undang-undang yang ada, 377(b), 377(c).. ini semua archaic (lapuk), diguna untuk aibkan orang. Diguna untuk musuh politik."

"Umat Islam tidak boleh menghukum seseorang melakukan perselingkuhan (istilah baru bermakna persetubuhan) kecuali dilakukan dihadapan umum.  Orang berkata, itu kalau dilakukan di tempat persendirian? Kamu tahu mana? Bukan mengendap atau merobek privasi orang - tak boleh"

(Siapa yang mahu/ sanggup melakukan perselingkuhan dihadapan umum??  pastinya anjing atau haiwan lain yang tak tahu malu. Kalau buat di tempat terlindung boleh..orang lain tak boleh mengendap sebab merobek privasi orang..undang-undang mana ni? Pastinya bukan undang-undang Islam.  Kalau tak boleh merobek privasi orang maknanya maksiat akan berleluasa, rogol, cabul, sumbang mahram, bersekedudukan, liwat...tidak boleh didakwa, maka akan runtuhlah masyarakat dan institusi kekeluargaan, berkuasalah seks bebas, gay, lesbian..apa akan terjadi kepada umat Islam?)

Petikan Empat : Ezam Noor

"Kalau si anu betul-betul mahu cari kebenaran, saya cabar dia saman orang rapat beliau yang secara terbuka dan jelas menyatakan si anu telah lakukan kesalahan moral dan tak layakjadi pemimpin"

(Dato' Eskay dakwa si anu ada dalam video lucah cina doll, Dato' Nalla kata secara jelas sebut si anu peliwat, Umi hafilda jelas menyebut skandal-skandal si anu)

Petikan Lima :   Umi Hafilda

"Saya dah ready.  Tiada masalah jika disaman si anu.  Pihak lain seperti Utusan Malaysia yang tak tahu secara mendalam tentang siapa si anu, bolehlah dia gunakan mahkamah sebagai senjata. Untuk itu saya cabar dia sumpah laknat dan heret saya serta yang lain seperti Dato Eskay dan Dato' Nalla ke muka pengadilan"

(berani kerana benar, takut kerana salah)

Petikan Enam :  Dato' Shuib

"di mana si anu berada pada 12 dan 13 Januari 2011?"

(Dato' Shuib, seorang daripada anggota Trio dato T, mencabar si anu memberi penjelasan akan pertanyaan beliau ini. Beliau mendakwa ada video yang lebih hebat daripada china doll yang dirakam di siam  pada tarikh tersebut, dan pelakunnya.....)

Petikan Tujuh :  Ustaz Azhar

"Ulama muda ulama gila. Masuk parti sekular, masuk berenang dalam air najis. Terima RM15,000.00 sebulan khabarnya tapi duduk dalam najis sekular. Sekular ini keluar daripada Islam, sesat dunia akhirat"

(1.  Pendakwah menuduh ulama lain gila  2) sekular itu najis  3) terima RM15,000.00 khabarnya..khabarnya..bukan fakta tapi khabarnya. Kalau tak betul bukankah  ini fitnah? oleh seorang  pendakwah/ ahli agama? 4) mengkafirkan ulama muda  dan orang Islam lain?  -  di mana kepribadian seorang pendakwah dengan melontarkan kata-kata sebegini? tidak ada siapa  yang boleh menentukan keimanan seseorang kecuali Allah. Dan patutkah seorang pendakwah melakukan fitnah? memberikan sesuatu maklumat tanpa bukti sahih. )

Sekian untuk kali ini.

Anak Rantau.




No comments:

Post a Comment