Thursday, 19 January 2012

Tambah Tolak Darab Bahagi - 19 Jan 2012 - Macam-macam

Salam satu Malaysia untuk semua.

Tidak menulis 2 hari, kerana kesibukan tugas. Memang harapan untuk menulis setiap hari namun masih tak kesampaian hajat itu. Insyaallah akan dicuba nanti agar harapan menjadi kenyataan. Terdapat beberapa isu dalam beberapa hari ini, namun ada dua topik yang menarik perhatian.

Topik 1

Perkara yang masih hangat hingga ke peringkat hangit. Ternyata antara agama dan politik, agama sudah dikuburkan dalam perjuangan parti yang mendakwa berjuang atas landasan Islam. Andai kata parti ini mempunyai prinsip yang kukuh dan visi yang jelas, serta berpegang pada prinsip, apa yang berlaku di Selangor sekarang amat mengaibkan. Parti yang mendakwa memperjuangkan Islam tidak diberi kepercayaan untuk menjaga Hal Ehwal Islam, samalah analoginya seperti parti orang Melayu tidak dibenarkan menjaga Hal Ehwal orang Melayu. Jadi hal-hal orang Melayu dijaga oleh orang bukan Melayu walaupun ada orang Melayu di kalangan yang memerintah. Apa akan jadi?? Tepat sekali seperti kata Nakhaie, kerja pas selangor sekarang adalah berkempen menggalakan orang Selangor ke stadium bola sepak. Juga mungkin berkempen menggalakkan pesta dan hiburan di kalangna belia untuk menggembirakan mereka. Dan bagaimana agaknya perkembangan agama Islam di Selangor? Pastinya ron, eli dan teresa bertempik riang..siapa lagi yang akan menghalang jualan arak di kawasan Melayu Islam, siapa lagi yang akan menghalang aktiviti memurtadkan umat Islam seperti kes DUMC, siapa lagi yang akan menyerbu pusat pelacuran, judi, urut dan maksiat yang lain, dan siapa lagi yang akan menghalang aktiviti senamrobik dalam masjid, ceramah bukan Islam di mimbar masjid tanpa menutup aurat, tian dan teresa mengagihkan daging korban, atau mungkin ada majlis korban untuk tahun baru cina dan exco hal ehwal Islam membahagikannya kepada orang cina???? Mungkin begini cara dakwah exco yang baru ini, di samping berdakwah di pusat karaoke, dengan duduk berhimpit dan berpegangan tangan dengan bukan muhrim.  Sampai hari ini laporan JAIS tentang DUMC masih disembunyikan, misteri. Dan gereja terbesar di Asia Tenggara sedang dalam pembinaan di Bukit Jalil, Selangor. Kalaulah parti yang mendakwa Islam itu berprinsip, pastinya jawatan exco ditolak. Hina sekali maruah Islam dalam kerajaan Selangor. Malangnya mereka masih membutakan mata hati untuk melihat kebenaran.

Topik 2

Lee Lam Thye menulis...sukarkah bertutur Bahasa Melayu (BM) dalam Utusan Malaysia 19 januari 2012.  Maka tidak terasakah hati dan jiwa orang Melayu? orang-orang Melayu yang memperjuangkan semangat Melayu serta para pemimpin Melayu yang mendakwa berjiwa Melayu? Ianya fakta dan disentuh oleh pemimpin bukan Melayu, juga sindiran halus untuk orang Melayu.  Malukah orang Melayu berbahasa Melayu? Apabila orang Melayu sendiri tidak mahu menggunakan BM, siapakah lagi yang akan menghidupkan bahasa ini? BM adalah antara bahasa utama dunia, dituturkan oleh lebih 200 juta umat manusia di rantau Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu. BM adalah lingua franca di kawasan Timur Jauh, maka orang Melayu seharusnya berbangga dengan bahasanya sendiri. Hakikatnya hari ini BM terpinggir di negara sendiri. Lihat sahaja papan-papan iklan, iklan-iklan pada akhbar, majalah, atau brosur, lihat sahaja mutu terjemahan pada filem dan tv, kualiti BM yang digunakan amat menyedihkan. Lihat pula pada ucapan-ucapan dalam perhimpunan, persidangan, mesyuarat  oleh pegawai kerajaan dan juga para pemimpin, atau pertubuhan atau persatuan,  tidak terlihat penggunaan BM sepenuhnya, tapi lebih kepada penggunaan Bahasa Inggeris atau  B. Cina sepenuhnya.  Selepas negara merdeka lebih 50 tahun, BM masih terpinggir di negara sendiri.  Masih ada warga negara yang tidak boleh bertutur BM walaupun ini adalah bahasa Kebangsaan negara dan bahasa pengantaraan di sekolah. Sepatutnya tidak perlu lagi diadakan Bulan Bahasa Kebangsaan...sudah lebih 50 tahun merdeka...mengadakan bulan bahasa kebangsaan adalah memalukan. Di mana silapnya? Jika ini berlarutan tanpa langkah mengawal penyalahgunaan BM, kita akan kehilangan bahasa kita. Kenapakah pemimpin kita tidak mahu berucap dalam bahasa Melayu pada persidangan antara bangsa seperti mana pemimpin Rusia, Cina, Jerman, Perancis dan banyak negara lain yang bangga dengan bahasa mereka, walaupun mereka boleh berbahasa Inggeris? Kita seharusnya bangga dengan bahasa kita dan mahu menjadikan bahasa ini bahasa ilmu dan diiktiraf pada peringkat antara bangsa. Diharap para pemimpin negara menjadi contoh terbaik untuk menegakkan BM di arena antara bangsa.


Anak Rantau



No comments:

Post a Comment