Sunday, 15 January 2012

Tambah Tolak Darab Bahagi - 16.01.12 - keliru, celaru

Salam 1 Malaysia kepada semua.

Terlalu banyak perkara yang mengeliru dan mencelarukan dalam masyarakat kita hari ini. Dari hal politik, masyarakat dan agama..membuat masyarakat mungkin hilang arah tuju dan pertimbangan. Kenapa hal-hal sebegini wujud di negara kita yang kita banggakan sebagai negara Islam dan dikemudikan oleh Bangsa Melayu Islam.  Sama ada secara kebetulan, inilah yang menjadi hasrat golongan Yahudi-Zionisme dan Kristian antara bangsa - ingin meruntuhkan tamadun Islam di mana sahaja di dunia ini. Dan Malaysia merupakan satu daripadanya.  Perpaduan umat Islam dihancurkan melalui pemikiran sekular dan atas prinsip hak kebebasan - kebebasan individu, kebebasan bersuara, kebebasan bertindak apa sahaja, seperti mana budaya haiwan yang hidup tanpa undang-undang dan peraturan. Umat Islam dibuai dengan pelbagai corak hiburan duniawi yang mengasyikkan, syurga dunia yang menjanjikan keseronokan, pemikiran yang kontradik dengan amalan dan norma biasa manusia, ilmu  dan fahaman agama yang menyonsang arus, melabel undang-undang dan peraturan agama sebagai kolot dan ketinggalan Zaman, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal serta para ulama mengeluarkan fatwa mengikut rasa hati, matlamat menghalalkan cara. Bagi yang berilmu dan berfikiran waras serta bijaksana mungkin dapat menilai antara kebaikan dan keburukan, tetapi bagi ramai yang lain, hidup menjadi keliru dan celaru. Sesuatu yang amat membimbangkan, tapi doa kita, semoga Allah menghindarkan negara kita daripada terjerumus ke kancah huru hara dan tergelincir daripada landansan kebenaran. Insyaallah.

Keliru 1

* Ambiga berkata tidak mahu lagi mendengar istilah liwat di negara ini..maknanya dia mahu liwat dihalalkan. Dia menganjurkan seks songsang dan seks bebas melalui seksualiti merdeka. Dia bukan Islam tetapi disokong oleh ramai orang Islam.
* Si anu... berkata undang-undang sodomi negara lapuk, tidak lagi relevan dan perlu diubah bagi membenarkan perlakuan ini dibenarkan dalam masyarakat. Tiada mana-mana bangsa dan agama di dunia ini yang menghalalkan sodomi@liwat.  Al-Quran menceritakan tentang buruknya kaum Nabi Lut mengamalkan seks songsang ini yang akhirnya dibinasakan oleh Allah. Maka kitab apakah yang dipegang oleh si anu.. ini?  Pas pula menyokong undang-undang sodomi negara diubah..PARTI ISLAM MENYOKONG SARANAN SI ANU...????  Apa sebenarnya perjuangan pas??? Maka apabila kaum anwarinas menguasai parti yang didakwa Islam ini.. apabila timbalan presidennya manusia yang pernah ditangkap khalwat dan dirakam perbualan di telefon, berbohong dilanggar land rover polis.. ke mana arah tuju pas masa kini???.keliru dan celaru pemikiran massa.
* majlis peguam turut menyokong penghalalan kegiatan seks songsang ini atas dasar kebebasan individu..kita mungkin faham sebab mereka bukan Islam (yang membuat pernyataan), tetapi majlis peguam juga dianggotai oleh peguam Islam. Apa sebenarnya peranan majlis peguam? Hakikatnya pada hari ini majlis peguam condong ke arah politik dengan menyokong segala aktiviti pembangkang -


Keliru 2

*ambiga mahu pengamal rasuah kecil diampunkan. Maknanya .. boleh buat rasuah tapi secara kecil-kecilan. Pemikiran yang amat bijak, dari seorang peguam hebat di mata pkr dan pas. Bagaimana pendirian pas  dalam perkara ini? Dalam Islam, yang haram tetap haram, walau sebesar zarah sekali pun, tapi pas menyokong anu..dalam hal undang-undang sodomi, maka di manakah pendirian pas? pas di belakang ambiga, membontoti ambiga dalam perhimpunan haram bershit dulu? berada di belakang gereja DUMC semasa Hassan Ali menjalankan operasi membanteras murtad? Di belakang Ronnie Liu semasa Hassan Ali merampas arak dari kedai serbaneka di Shah Alam, maka apakah mungkin pas juga di belakang ambiga dalam hal rasuah ini??  Apabila Hassan Ali berjuang menentang murtad, penjualan arak, kalimah Allah, Nik Aziz berkata Hassan Ali tidak senonoh. Tidak senonoh. Tidak senonoh  kerana menegakkan syiar Islam. Setakat mana agama sudah digadaikan hanya untuk dunia.. untuk nafsu berkuasa dan berada di Putrajaya yang semasa pembinaannya, begitu lantang pas mahu menjualnya.

Keliru 3

* Presiden gamis mendakwa mahasiswa dilayan lebih teruk daripada banduan oleh kerajaan BN hanya kerana kerajaan menuntut hutang PTPTN. Pernyataan apa ni? Di mana  kewarasan seorang yang sepatutnya bijak kerana berpelajaran tinggi membuat pernyataan sebodoh ini, meletakkan otak dilutut atau udang yang otaknya di bontot. Adat berhutang, dibayar. Itu yang diakadkan  semasa memohon.   Gembira yang tidak terhingga apabila wang diperolehi. Wang PTPTN membuatkan mahasiswa memiliki telefon canggih, memiliki motosikal baru, berpakaian hebat..tapi tidak membeli buku (bukan semua tapi sebahagian). Yang tidak berbelanja dan tahu tanggung jawab, cepat melunaskan hutang tetapi golongan yang liat ini, yang enggan membayar kembali hutang adalah golongan mahasiswa jenis ini..
yang menuduh kerajaan sebagai zalim, tidak bertimbang rasa. Buruk sekali pendidikan yang didapati oleh mereka. tidak tahu membalas budi, tidak tahu berterima kasih, tidak tahu bersyukur dengan segala kemudahan yang diberikan oleh kerajaan, tidak menginsafi sekiranya tiada PTPTN mereka tidak akan dapat masuk universiti. Lebih buruk apabila ada parti politik yang menabur janji manis untuk melupuskan hutang PTPTN daripada pelajar. Parti sebegini merupakan parti air liur, hanya pandai menabur janji, menjanjikan bulan dan bintang tetapi tidak pandai menunaikan janji. Banyak janji PRU dulu tidak ditunaikan, mahu buat janji yang baru pula. Parti oportunis, menangguk di air keruh.


ANAK RANTAU



No comments:

Post a Comment