Friday, 13 January 2012

Tambah Tolak Darab Bahagi - 13 JAN 12 :

Salam Satu Malaysia.

Azmin :  Kepala otak kau...
               pemimpin yang tersungkur ...
               ...ditujukan kepada Tun Mahather

Sejak dahulu, bangsa Melayu adalah bangsa yang bersopan santun, lemah lembut tetapi tegas apabila diancam. Bangsa Melayu mencapai kejayaan dan keagungan melalui diplomasi, bukan kekerasan. Namun jangan dicabar bangsa ini, kesannya mungkin tidak tergambarkan.  Kenang semula 13 Mei 69 apabila bangsa ini dicemuh, dikeji,  dihina...oleh kaum lain yang mengaku rakyat negara ini tetapi tidak mahu menghormati bangsa Melayu, pribumi negara ini yang mahu dinafikan hak mereka.  Bangsa Melayu Islam mengajar menghormati pemimpin, orang tua-tua, orang-orang berjasa.  Namun wajah Melayu ini kini sudah bertukar angkara fitnah, dendam kesumat dan laparkan kuasa oleh segelintir makhluk yang mengaku Melayu tetapi telah hilang jati diri sebagai Melayu Islam. Malah ada yang bertindak atas nama agama Islam untuk memecah belahkan umat Islam negara ini. Maka wajarkah kata-kata seperti di atas dihamburkan terhadap seorang negarawan ulung, seorang Islam, seorang tokoh Islam, yang telah banyak berjasa membawa negara ini dan agama Islam ke tahap tertinggi seperti yang ada pada hari ini? Apakah wajar untuk menafikan infrastruktur yang ada pada hari ini, ekonomi yang kukuh dan stabil pada hari ini, kegiatan cergas perkembangan Islam pada hari ini - sekolah agama, sekolah tahfiz, institusi perniagaan Islam, perbankan Islam, perundangan Islam, pusat pengajian Islam, ribuan surau dan masjid yang ada pada hari ini, dan kehadiran orang Melayu Islam dalam segala sektor  yang ada pada hari ini, bukan hasil kepimpinan tokoh ini?  Malah makhluk yang menuturkan kata-kata ini pernah ditolong bantu oleh tokoh ini pada peringkat awal penglibatannya dalam arena politik negara. Di mana logiknya menyifatkan Tun sebagai pemimpin yang tersungkur sedangkan Tun sentiasa mendapat perhatian dan perghormatan bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga seluruh dunia. Tun tidak pernah tersungkur dengan gerakan gay lesbian, dengan gerakan yahudi zionisme antara bangsa, dengan liberalisme agama, dengan  tuntutan penganut agama lain terhadap kalimah Allah, dengan kegiatan memurtadkan umat Islam, dan dengan manipulasi penipu kewangan antara bangsa..yang jelas tersungkur adala si anu.. idola azmin. Allah maha besar..jangan sombong dengan nikmat yang Allah kurniakan sekarang..badan sihat, otak sihat walaupun tak sempurna, kuasa dan kekayaan..pembalasan Allah boleh tiba pada bila-bila masa. Insaflah. Hati yang tidak bersih, sombong, dengki, dendam kesumat...tidak memperoleh keberkatan.


TG Nik Aziz - "pertemuan antara Hadi dan Abdullah adalah umpama usaha dakwah iaitu memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam. ....kalau orang pas jumpa orang Umno bagus kerana beri peluang kepada orang itu kenal Islam secara dekat."

Persoalan 1 : Abdullah bukan Islam?
Persoalan 2 : orang Umno bukan Islam?
Persoalan 3 : betulkah itu hasrat Hadi jumpa Abdullah?

Persoalan 1 dan 2 :  implikasi dari pernyataan ini adalah Abdullah dan orang Umno kafir. Nauzubillah. Kata-kata yang keluar dari mulut seorang ulama yang memiliki ilmu keagamaan yang tinggi. Betapa hinanya orang Islam lain pada pandangan orang pas. Kalau hanya orang pas yang Islam, maka seluruh umat Islam didunia ini juga kafir pada pandangan orang pas, sama ada yang tinggal di China, Bosnia, Amerika, malah yang tinggal di negara-negara Arab dan Mekah kerana mereka bukan ahli pas. Adakah pas itu agama? Kekeliruan ini semakin bertambah apabila para ulama Islam yang memiliki ilmu agama yang tinggi diam membisu. Kenapa? Tanpa huraian daripada para ulama ini, masyarakat Islam tambah keliru dan perpecahan umat Islam di negara ini semakin parah.

Persoalan 3 -  Hadi sahaja yang boleh menjawabnya kerana tiada manusia lain yang tahu isi hati manusia lain. Kepada TG Hadi, benarkah apa yang diucapkan oleh Nik Aziz itu? Penjelasan Hadi amat penting, namun kita tidak tahu setakat mana keberanian Hadi untuk menyatakan perkara sebenar. Ulama tak harus berbohong. Semoga Allah memberikan cahaya kebenaran dalam perkara ini.

Selama ini, gambaran yang dapat dilihat, Nik Aziz amat membenci Umno, lantas sanggup memecah belahkan bangsa Melayu dan penganut Islam di negara ini dengan mengeluarkan pelbagai fatwa hingga membunuh orang Umno adalah jihad. Apakah yang amat dibenci itu? Kenapakah seorang ulama berilmu tinggi dalam bidang agama sanggup meniupkan api kebencian dikalangan orang Melayu Islam? Hanya Allah yang tahu.  Nabi Muhammad sendiri tidak pernah berdendam dengan orang lain, walaupun dilontar batu hingga berdarah kepalanya, diludah, dimaki, disiram air dan sebagainya. Malah akhirnya, Baginda dengan hati tulus menziarahi orang yang melakukan perkara buruk itu di kala mereka sakit yang akhirnya membawa mereka kepada keimanan. Bukankah Islam itu indah, Islam itu lembut, Islam itu kasih sayang, Islam itu wangi, Islam itu bersih, Islam itu suci. Demi bangsa Melayu Islam, semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas bangsa ini dan pemimpinnya diberikan hidayah agar bangsa Melayu dan agama Islam terus berkembang mekar di negara ini. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment