Salam untuk semua.
Isu 1
Semalam saya ada menyentuh tentang gerakan 901, gerakan terancang yang dirancang untuk mempertahankan anu..war daripada dipenjarakan. Slogan reformasi yang memang telah basi akan diganti dengan 'revolusi' yang diharap membawa semangat baru untuk para pejuang yang akan mempertahankan anu..war. Revolusi berkait dengan perebutan kuasa secara kekerasan..maka apakah anak-anak muda pelajar universiti yang telah dicemar pemikiran mereka melalui kata-kata anu..war semasa dikumpul di rumah anu..war dan di lokasi2 pertemuan anu..war dengan pelajar ini akan bertindak di luar batas pemikiran kita? Sudah ada yang berikrar nak memecahkan tembok penjara, ada yang nak lawan tetap lawan, dan lain-lain lagi. Pastinya kumpulan ini akan merasa lebih hebat kerana mendapat sokongan padu daripada kumpulan-kumpulan ngo..k yang bersimpati dengan anu..war, ahli pkr yang taksub membabi buta, kumpulan haram seperti hindraf dan bershit ambiga, dan kumpulan-kumpulan luar negara yang memang penyokong anu..war termasuk kumpulan seperti human right watch, amnesty international, kumpulan gay-lesbian, kumpulan pluralisma agama, kumpulan yahudi antara bangsa dan lain-lain kumpulan, akan mewujudkan ketidak stabilan dan huru hara di negara ini. Apa akan terjadi seterusnya?
Kepada anak-anak Melayu pelajar universiti dan orang-orang Melayu pkr dan ngo..k yang bersimpati, ini masa depan bangsa kamu, ini masa depan agama kamu, ini masa depan negara kamu...generasi depan akan melaknati kamu semua sekiranya kemajuan, keharmonian dan kedamaian yang ada pada hari ini diragut oleh tangan-tangan bangsanya sendiri. Orang Melayu patut bersatu dalam menghadapi situasi masa kini. Melayu-melayu ini nampaknya mudah lupa apa yang dinikmati oleh mereka sekarang. Orang Melayu tidak boleh survive kalau hanya dengan semangat mendengar pidato dan bertakbir, berdemonstrasi dan menurunkan bendera, bergolek dihadapan kereta Raja Muda, menabur fitnah tapi menolak kenyataan berfakta, berarak dan merosakkan harta benda awam dan perniagaan, tapi bersatu, bergerak dalam satu barisan. Tidak dinafikan unsur-unsur negatif seperti rasuah, salah guna kuasa, pentingkan diri sendiri, ekstrimis ada di mana-mana, tidak terkecuali parti yang mendakwa Islamik, itu harus dibersihkan dari dalam, bukan menggunakan saluran luar dan kaum lain. Hakikatnya, sepanjang sejarah kewujudan manusia, tidak ada bangsa lain yang akan melindungi satu-satu bangsa kecuali bangsanya sendiri. Lihat saja di Amerika Syarikat bagaimana kaum pendatang kulit putih menghapuskan kaum pribumi Amerika - Red Indian, di Australia kaum pendatang kulit putih menghapuskan kaum asli Australia, di Thailand bangsa Melayu ditindas, dibunuh beramai-ramai, di Filipina, di Cambodia, di China kaum majoriti Han menindas dan membunuh kaum minoriti Islam, di Singapura orang Melayu adalah kaum paling miskin, setiap keluarga ada penganggur, dipecahkan kampung-kampung tradisi dan ditempatkan di kawasan majoriti Cina sehingga tidak ada lagi kawasan majoriti Melayu, dan banyak lagi contoh yang boleh diambil iktibar. Belajarlah dari pengalaman orang lain, tak perlu kita melalui jalan yang sama untuk sedar dan insaf. Kita tak perlu revolusi, kita tak perlu reformasi tapi kita perlu kesucian dan kemurnian hati, semangat ukhwah dan keimanan, serta semangat kesepaduan untuk menjadi bangsa yang utuh, maju dan disegani. Bersatu teguh bercerai roboh. Jangan nanti nasi sudah menjadi bubur, sudah terhantuk baru tengadah...menyesal pun sudah tak berguna lagi, menangis air mata darah pun sudah tak berguna.
No comments:
Post a Comment