Isu 1
Anwar Ibrahim. 9 Januari merupakan hari penentu Anuar. Pelbagai andaian dibuat dan tak kurang pelbagai rancangan diatur, terutama oleh puak-puak yang mendakwa membawa panji-panji keadilan tetapi sanggup mengetepikan peraturan dan undang-undang demi mencapai matlamat sendiri. Masyarakat mula risau, apa akan terjadi pada 9 Jan. nanti dan kerisauan itu memang berasas apabila pihak yang taksub kepada Anuar mula mengatur langkah - mempengaruhi para akademik reformis universiti dan penuntut universiti untuk keluar beramai-ramai untuk menentang sabitan kes anuar dengan slogan 'lawan tetap lawan'. Yang mushkilnya ialah nak lawan apa? atau siapa? Ceramah diadakan di seluruh negara untuk menyebarkan dakyah 'anuar difitnah' sedangkan bukti yang ada amat nyata dan tidak dipertikaikan oleh para peguambela anuar. Karpal mengakui ianya memang berlaku tetapi atas dasar 'suka sama suka'. Kes 1998 juga diakui hakim memang berlaku liwat antara anuar dgn azizan tetapi dibebaskan atas kesilapan teknikal.
Kita tidak faham apa sebenarnya yang mahu dilakukan oleh anuar. Bertemu dengan pelajar universiti dikediaman beliau, 23 Disember mengumpulkan 100 pelajar universiti, sebelumnya bertemu dengan para ahli akademik reformis universiti, sejak tamat perbicaraan mengadakan road show ke seluruh negara menyebarkan dakyah dan pembohongan, membaca sajak taufik ismail, takut 66, yang digunakan untuk mencetuskan revolusi indonesia yang menjatuhkan sukarno, menukar reformasi kepada revolusi, dan bermacam lagi. Apakah sebenarnya matlamat kempen 901???Apakah manusia yang didakwa 'anugerah tuhan' ini dan kini dinobatkan pula sebagai imam Mahdi oleh pengikut yang taksub akan dijulang sebagai 'idol' dan patungnya ditempatkan dikuil dan tempat pemujaan untuk disembah?
Apakah akan terjadi huru hara nanti di bangunan mahkamah Jalan Duta? Apakah Jalan Duta akan dijadikan medan tempur penyokong anuar dgn pihak berkuasa? akan menjadi medan thahrir di Mesir? Banyak sudah indikasi yang menjurus kepada gerakan kekerasan dan huru hara - azmin ali mahu merobohkan tembok penjara , pelajar universiti mahu 'melawan' ???dan mencetuskan revolusi, ahli pkr diminta berdemonstrasi untuk membebaskan anuar. Menakutkan? Apakah negara ini akan bergolak seperti di Mesir, Syria, Tunisia, dan beberapa negara arab lain? Tetapi yang menambah kerisauan adalah campur tangan kuasa asing. human right watch telah pun mengeluarkan kenyataan meminta kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan terhadap anuar kerana menganggap undang-undang negara yang melarang hubungan sumbang sejenis sebagai kuno, tidak bertamaddun dan melanggar 'right to privacy and personal security'.
Isu 2
Skandal Iskandar Malaysia. Skrip sama yang sentiasa diulang tayang. Ini bukan kes pertama pecah amanah dan rasuah, tetapi manusia tetap melakukannya tanpa rasa bersalah, takut atau malu. Sistem perundangan negara sentiasa berusaha membanteras kegiatan seperti ini namun nafsu manusia mengatasi ketaqwaan. Yang menjadi mangsa adalah rakyat yang mana duit rakyat dari hasil cukai disalah guna untuk kepentingan pribadi. Soal halal haram diketepikan. Kita ingin melihat keadilan ditegakkan, bukan hanya dalam kes ini tetapi juga dalam kess-kes lain yang melibatkan duit rakyat.
Isu 3
Kes buli artikel 153. Ini tidak sepatutnya berlaku tetapi seperti mana kes-kes lain, dalam suasana keharmonian hubungan kaum yang sedang digugat, nafsu tidak dapat mengekang tindakan. Apabila pengerusi Evanglist Christian Fellowship mendakwa golongan majoriti membuli golongan minoriti melalui artikel 153, banyak persoalan timbul. Apa yang dimaksudkan dengan buli???Apakah tindakan umat Islam menentang murtad ditafrifkan sebagai membuli? Apakah apabila umat Islam menentang agama lain menggunakan kalimah Allah, itu membuli? Apakah laungan azan dari masjid-masjid sebagai membuli? Bukankah kaum minoriti yang membuli kaum majoriti melalui tindakan mereka menghina bangsa Melayu, menghina Agama Islam, menghina raja-raja Melayu, memperlekehkan bahasa Melayu, mengeluarkan produk tidak halal untuk orang Islam, dan banyak lagi tindakan kotor mempermainkan bangsa Melayu, agama Islam dan raja-raja Melayu. Gereja, kuil, tokong dan rumah-rumah ibadat lain terdapat di seluruh negara dan perayaan setiap agama tidak pernah disekat, malah cuti umum diberikan untuk perayaan agama tertentu. Maka di manakah logiknya perbuatan membuli itu? tindakan seperti amat tidak dialu-alukan pada bila-bila masa, janganlah hendaknyan tindkan ini akibat pengaruh parti politik yang tidak bertanggung jawab.
No comments:
Post a Comment