1. Pagi yang permai. Jalan raya tanpa jam..seronoknya kalau begini setiap hari, tapi menjelang 2 Januari, realiti kembali menjelma. Tanda kemakmuran negara, sesiapa pun boleh memiliki kenderaan, walaupun ada yang mendakwa negara ini rasis, ada warga kelas dua, ada dasar apartheid, ada dasar membuli, dan pelbagai dakwaan yang jelik-jelik. Hakikatnya, bila melihat kereta berjenama Mercedes, BMW, Porsche, Lexus dan melihat pemandunya...sayu hati ini. Di manakah realiti dakwaan itu?? Kebanyakan yang memandu kereta-kereta mewah berjenama itu kaum China dan India, kebanyakan orang Melayu memandu MYVI, Proton Saga, dan jenama Korea serta Jepun berharga sederhana. Di persimpangan pula berdiri anggota polis berbangsa Melayu mengawal trafik...tak nampak seorang pun bangsa China atau India yang berhujan berpanas mengawal trafik untuk keselesaan rakyat. Malang..anggota keselamatan turut menjadi cemuhan dan kejian. Fikir-fikirkanlah realiti ini, dan ini belum lagi mengambil kira rumah-rumah mewah, gedung-gedung perniagaan dan institusi niaga ergasi..siapa pemiliknya?? Malangnya bangsaku di negara sendiri
2. Beberapa hari lalu, keputusan PMR diumumkan, dan anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang bergembira dengan keputusan yang diterima serta pendedahan media ke seluruh negara. Satu penulisan oleh bekas KPPM dalam Mingguan Malaysia, Tan Sri Alimuddin amat menarik dan wajar dihayati oleh para ibu bapa serta penggubal dasar. Kepada yang menerima keputusan sederhana dan lemah, kata-kata Tan Sri '...ini bukan berakhirnya dunia...'. Tepat sekali. Keputusan peperiksaan bukan penentu kecemerlangan di kemudian hari. Peperiksaan hanya memberi maklumat tentang keupayaan akademik berdasar jumlah jawapan yang dijawab betul oleh calon daripada 40, 50 atau 60 item dalam satu-satu instrumen pentaksiran. Maklumat lain tidak ada- maklumat tentang aspek psikomotor dan juga afektif, personaliti, adab dan nilai. Kejayaan masa depan bukan ditentukan hanya oleh keputusan akademik, justru wajar diambil kira perkembangan pentaksiran dunia masa kini di mana banyak negara, terutamanya negara maju telah berpindah daripada sistem peperiksaan total 100% kepada sistem pentaksiran yang menggabungkan maklumat pentaksiran sekolah dengan pentaksiran pusat untuk memberikan penghakiman yang lebih tepat tentang diri seseorang murid, lebih menyeluruh dan bermakna. Perubahan ke arah ini dalam sistem pendidikan negara memang telah bermula sejak era Tan Sri menerajui KPM, dan diharap peneraju seterusnya berhati cekal untuk terus membawa perubahan ini.
No comments:
Post a Comment