Thursday, 22 December 2011

Isu hari ini - 23 Disember 2011

1.  Keputusan PMR cemerlang dalam tempoh 4 tahun - tahniah kepada anak-anak yang telah mencapai kejayaan cemerlang dan mendapat liputan meluas media.  Tetapi jangan dilupakan anak-anak yang mencapai keputusan sederhana dan lemah kerana mereka ini kumpulan majoriti berbanding dengan kumpulan cemerlang yang hanya lebih kurang 10% daripada populasi.  Jangan diabaikan mereka ini kerana kumpulan ini mungkin akan lebih berjaya pada masa akan datang. 

2.  Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) -JPA akan berbincang dengan CEUPACS setelah diarahkan oleh PM - kenapakah perbincangan diadakan selepas pengumuman dibuat? Ada sesuatu yang tak kena.  Namun yang diperjuangkan oleh CEUPACS tentang 'exit policy' perlu difikirkan dengan mendalam. Tidak dinafikan adanya 'kayu' dalam perkhidmatan awam, hakikat yang harus diakui.  Memang terdapat segelintir yang memang jadi 'kayu mati'  yang hanya mendapat gaji setiap bulan tetapi menimbulkan pelbagai masalah - ponteng, lari dari tugas, buat kerja lain dalam masa pejabat, tidak amanah, dan pelbagai lagi..memang perlu 'exit policy' dilaksanakan, bukan untuk menaniaya pekerja tetapi menjamin integriti dan kredebiliti perkhidmatan awam.. Menafikan kewujudan masalah ini bermakna kita tidak amanah kepada Allah.

3. Lim Chong Wei mula merindui semula sentuhan Misbun??? persoalan yang kita tak tahu dan tak faham. Kita tidak tahu apa masalahnya , sama ada antara Misbun dgn LCW atau Misbun dgn FAM.  Tapi yang nyata, LCW tersepit , namun adab berguru, guru harus dihormati. Tingkah laku LCW pada satu tahap apabila dinobat sebagai pemain no 1 dunia  tampak angkuh, tidak menegur dan bersalam dgn guru yang selama ini telah mencungkil bakat dan mengasuh hingga ke tahap itu. Ibarat kacang lupakan kulit, akhirnya menjilat semula  ludah sendiri. Sebagai pengajaran kepada semua..jangan angkuh dan sombong apabila telah berjaya dan jangan melupaka orang yang telah berjasa membantu kejayaan itu.

4.  Ramai Melayu homoseksual??? fakta atau hayalan? realitinya memang sukar dinafikan walaupun kajian spesifik tidak ada dijalankan tetapi jabatan tertentu mungkin ada data.  Amat menyedihkan perkara ini berlaku dalam kalangan orang Melayu Islam.  Kenapa ianya berlaku banyak dalam masyarakat Melayu Islam ini?  Antaranya mungkin ada idola mereka di kalangan bangsa Melayu Islam ini. Disamping itu gerakan menuntut hak kebebasan individu, ..' my body, my right' merupakan gerakan halus untuk meracuni pemikiran anak-anak Melayu ini. Gerakan seksualiti merdeka amat membahayakan, dan jelas mendapat sokongan beberapa tokoh Melayu. Filem Melayu dan drama Melayu juga banyak menampilkan gaya hidup ini. Banyak sangat ancaman yang dihadapi oleh masyarakat Melayu Islam kini, termasuklah merempit, dadah, anak luar nikah, kebebasan agama, sikap permisif, sikap toleransi...semoga seluruh masyarakat Melayu bersatu menghadapi ancaman ini. seluruh anggota masyarakat melayu  perlu bersatu..atas nama bangsa, agama dan negara, tolak ketepi fahaman politik kerana ini melibatkan survival bangsa, agama dan negara.




No comments:

Post a Comment